Disebabkan aku bakal mengambil peperiksaan pt3 ( pentaksiran tingkatan 3 )...
Maka aku diwajibkan menjawab peperiksaan OTI berasaskan subjektif. Jadi aku nak luahkan reaksi
aku dalam blog ini supaya orang luar tahu betapa siksanya jawab periksa ini. Well, it is because i am not intelligent as best student.
Pada mulanya bila aku tahu exam dah nak dekat. Hati aku memang dah kecut ! Nayaa kalau exam banyak gagal. Paling aku takut sekali MATH ! Ilmu math ni bergantung kepada cikgu . Kalau cikgu ajar agak kurang memuaskan bagi pelajar terutamanya aku .... maka soalan soalan math akan jadi susah.
Aku dapat tahu peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari. And WHATTTTTTTTT!
3 DAYS ? SERIOUSLY ? ! okay , itu tak apa lagi..
and read ....
Masa bagi setiap subjek kecuali bahasa Melayu adalah 1 JAM. Eh, gila ke nak jawab selama 1 jam.?
Bagaikan kita mengupas kulit nyor selama 1 minit bagi pt3 ni. Manakala pmr bagaikan kita mengupas kulit rambut selama 1 minit 45 saat..
Dan , harii yang amat padat dan seksa dan derita . Iaitu hari ni Selasa. Pelajar dikehendaki menjawab subjek kemahiran hidup, sejarah , pendidikan islam , matematik . 4 Subjek dalam masa satu hari !
Siapa yang tak reti susun jadual peperiksaan ni ? Kesian kat kami...
Hari Jumaat lepas aku mula ulang kaji...
ulang kaji..
ulang kaji..
ulang kaji..
Sehingga hari Isnin, dengan tidak sabarnya aku nak jawab soalan periksa tu!
"Although it is scary thing , we have to move on !"
Okay , dengan gementarnya aku duduk . Dan dapat kertas peperiksaan tu. Yeyy , sains!
Alhamdulilah , soalan sains senang. Itu pun sebab ulangkaji dan hafal bab sains yang masuk. Ada juga beberapa pelajar tak sempat menyiapkan soalan soalan yang diberikan itu. Dan apa yang paling menyedihkan, ramai jugalah mata mata meniru. Ada juga yang jadi hantu, contohnya buat suara hantu berbisik.
"Wuiiiiishh...!" Suara hantu berbisik.
"Muka surat lime...." bisik2.
Ada juga dalam kelas ni jadi tupai...
Shuuipppsssss.. bunyi tupai.
Subjek BM - aras dia bagi kemampuan otak aku adalah sederhana. Aku okay je.. Budak belakang aku ni je tak okay ! Cuit cuit aku... Bisik bisik aku. Oleh kerana aku kesian , ok nahh i give my answers.
Subjek ENG - aras - biasa biasa. Biasa pun sebab aku boleh mahir english . Itu pun aku belajar dari game , komputer. Tapi pelik, karangan tak ada. Tapi ada kena buat surat dekat kawan but weird , letter tu pun taknak perkataan yang banyak . 50 words je kot .
Subjek SEJ - Okay, ini aku fikir soalan ni tak sama macam ada ruang kosong. Tapi aku percaya memang sejarah soalan subjektif . Tapi apa yang aku gambarkan adalah padankan, suaikan dan ruang kosong yang diberikan pilihan jawapan .
So , bila sampai je kertas tu kat aku... Ha...ha..ha.
Okayy... Apa yang aku nampak kertas tu..
Ruang kosong.. Ahaaa.. aku cari pilihan jawapan.. Hahahaha.. Tak ada .. Yay.. tepuk tangan T_T
Dah la diberi masa sejam. Ini pulakan kita nak cari jawapan.
Ini pula nak hafal semua yang masuk dalam peperiksaan.
Ingat otak ni mesin dari eletrik macam kalkulator ke? Fikir fikir terus dapat...(pembangkang ...haha)
Selama sejam , aku ingat balik . Hampeh, dapat sikit je. Dan yang lain aku hentam. Ramai pelajar tak dapat jawapan , mereka termenung je tengok kertas. Ada yang tengok tengok orang, termenung 4 minit , tidur, main pen.
Subjek KH- Soalan simple dan ada juga beberapa soalan susah . Well , Susah jugak . heee. Kena ingat komponen elektronikk .
Subjek PI - Soalannya jadi susah sebab aku tak ulangkaji subjek pi . Aku lebih utamakan subjek yang aku tak mahir. Dan aku rasa ramai orang tiru masani .
Subjek Math- Bagi mereka yang dah mahir akan cakap senang. Dan bagi aku yang tak pandai dan tidak mahir semestinya tak dapat aku kuasai . Sekurang kurangnya berilah 'hint'. Bukan senang orang tak pandai kena fikir . Boleh stress . Dan aku mengaku tahun lepas aku dapat markah 29 . Sedihkan ?
Bagi aku Pt3 ni ada baiknya ada buruknya. Tapi aku sedih juga sebab aku tak dapat lari daripada pt3 ni. Bagi cikgu, pt3 ni membebankan mereka. Dan bagi aku , setiap hari kena bawa buku kbat sekali buku buku lain. Berat nak mampus . Ok aku tahu perkara tu tak penting .
Apa yang penting yang nak disampaikan adalah.
Pt3 ni dapat membaiki penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran. Disitu sudah bagus, tetapi apa yang tak bagusnya .
*sewaktu cikgu memberikan tugasan dari buku KBAT ... Semestinya KBAT adalah band , evidens kan ? Kebiasaannya saya lihat cikgu membiarkan pelajar tiru dari buku teks dan dari kawan. Walaupun cikgu nampak , tapi buat tak hairan. Dari situ juga, penguasaan pelajar dalam kemahiran itu agak kurang memuaskan.
*Kelemahan cikgu yang sering aku perhatikan adalah cikgu dalam bidang matematik . Itupun sebab aku lemah matematik . Aku rasa ini tak berkaitan dengan pt3. tapi aku nak sampaikan.
Cikgu mengajar pelajar dalam sesuatu bab . Cepat sangat cikgu tu ajar sesuatu bab. Langsung menanyakan
faham atau tidak ? Ramai angguk dan katakan faham. Dan cikgu langsung berikan tugasan. Adakala ilmu yang disampaikan tak tangkap. Dan keesokkan hari , cikgu akan buka bab baru.
Oleh kerana sesetengah pelajar memiliki sifat malu bertanya atau takut.. Pengusaan dalam bidang subjek tersebut kurang memuaskan.
* Peperiksaan tak sepatutnya diberikan masa yang agak pendek. Walaupun diberikan soalan yang sedikit tapi soalan berfikiran aras tinggi. Ini tak sepatutnya . Ini boleh disebabkan pelajar tak dapat siapkan sepenuhnya dan mungkin soalan itu akan dijawab hentam.
* Pt3 akan melahirkan pelajar pandai menjadi lebih berkualiti. Tapi macam mana dengan pelajar yang kurang pandai ? Mereka pasti terpinggir oleh kerana soalan beraras tinggi. Macam mana dengan pelajar yang baru pandai mengira , bacaan lisan tergagap gagap, bahasa inggeris pun tak tahu tatabahasa?
Jangan hentam aku pula. Aku hanya meluahkan perasaan je... Kadang kadang aku benci juga pt3 ni.
Boleh buat aku tertekan, stres . Berila peluang rehat kejap.. Setiap hari tak pernah tak ada kerja sekolah.
Kadang kadang dapat 6 kerja sekolah dalam sehari. Tak tipu k . Sampaikan yang kerja sekolah yang tak diutamakan aku pinggirkan .
K. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan