Novel Dalam Diam Aku Cinta Ustaz part 3

Hello Blog!

                                                  BAB 4- Weird Feeling
"Aku ni jatuh cinta dengan Nadaira ke ? " Syakqif membetulkan kedudukan gitarnya agar tidak jatuh lalu
 melabuhkan punggungnya ke atas katil.Fikirannya keliru .Mana tak keliru , emak suruh cari menantu cepat.
Hati tak terpaut dek rasa nak kawin.Nak bujang lagi.Nak bebas.Itu kata Syakqif.Dia bercadang untuk mencuba
Nadaira.Ciri ciri dah cukup tapi cuma perangai Daira tak berapa mantang.
"Solehah , warak , comel , baik , kelakar ....hmmmm..ada je " Syakqif mengenalpasti ciri ciri Daira.
Gajah depan mata tak nampak inikan si semut kecil nak dicari.
"Err..AKu sewel .. aku sewel !!"
Henset dia berbunyi lagu Everything oleh Chester See.Dia menjawab telefon itu tanpa melihat
skrin telefonnya.
"Ye bedah hoi..apa call aku malam malam."
"Err...Assalamualaikum" seorang perempuan yang bersuara serak basah memberi salam.Syakqif terkejut kerana
biasanya setiap malam mesti Daira akan menelefon dia untuk berborak.Hairan bin Ajaib bin Gila.Mana dia dapat
no phone aku ni . Siapa dia ni ? Aik takkan jodoh aku ? Aku hensem sangat ke ? Atau aku pakai minyak pengasih ?
Atau mak aku yang....
"Hello ? Ermm..Ada orang tak ? "perempuan itu menghancur lamunan Syakqif.
"Ah...haahh ..Ye saya " Syakqif melembutkan suara supaya menjadi lelaki 'gentleman' .
"Hehe..Adapun."
"Heh ..Ini siapa eh ? "
"Saya..."
"Hmm ? "
"Saya lah Lea .. Hihik."Lea ketawa gedik tergedik.
"Oh.S haii t .bye " Syakqif keluh apabila mengetahui itu adalah 'monster' mengerikan.Dia memutuskan talian
untuk menghidari 'monster' itu.Mengigil gigl apabila syakqif berhalusinasi yang dia berkhawin dengan Lea.
"Uwek" Syakqif menjelir lidah.Dia bercadang untuk tidur sahaja ..
____________________________________________________________________________________________________________________
Masa 10 pagi.Tempat - rumah kawan.
                                     
                                  Bab 5-SAHABAT YANG BENAR
                                     
Senyap sunyi menghadiri suasana rumah kawan dia yang bernama Najah.Daira duduk di atas kerusi malas 90 darjah.
Memang sudah jadi kebiasaan apabila melepak di rumah kawan dia.Lagipun , Najah tinggal dengan Nadzira dan Hidayah je pun.
Itulah tempat untuk mengadu masalah dia dan merapatkan silaturahim mereka.Najah,Zira dan Hidayah  adalah sahabat sejati
bagi Daira kerana merekalah selalu menegur kesilapan dan sentiasa mengingatkan Daira tentang Islam.Tetapi ada juga kenakalan
comel mereka.Ada kalanya melebih had , contohnya zaman sekolah menengah mereka.Mereka membuat perancangan yang tidak masuk
akal untuk membalas dendam terhadap orang orang yang menyakitkan hati mereka.Contohnya,  si Lea lah dijadikan bahan mangsa
dengan meletakkan minyak diatas meja dia.Ada lebih teruk lagi , kesian Athirah.Yalah , mana tak nya."Plan" Dayah yang
dikatakan bijak itu diguna.Tahu apakah plan dayah ? Letak tahi .
"Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon.
 Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara
 anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua
 mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,ehem ehem..adalah tu!"Nadzira membaca
buku Info CINta.
"Kau dah kenapa baca buku tu?Lamun cinte ler broo.."Nadaira tersengih apabila Zira sengaja membaca kuat
kuat.Zira senyum kerang apabila Daira cakap begitu.
"Kalau suka , cakap suka..Ye dookk Daira ? " Najah yang sedang memasak kari ayam itu berbual sekali.
Zira terkejut.Kantoilah Zira dengan Najah pasal semalam tersengih seorang diri.Zira yang sedang menonton
televisyen itu menukar nukar siaran.
"Suka memang suka..Tapi aku nak study dulu"Zira masih menukar nukar siaran.Dia tidak berminat untuk menonton semua drama
dalam tv itu.
"Nak bunuh tv eh ? Langkah mayat Najah dulu.Najah bukan boleh bawa main"Daira sengaja bercakap begitu kerana dia pun
hendak menonton tv juga.Kadang kadang geram juga dengan sifat  Zira.
"K."
"Kau suka siapa ? Kenapa baca buku tu ?" Najah membawa periuk nasi dan kari ayam lalu meletakkan atas tikar hadapan tv.
"Saja.Rindu kat Akram"
"Fuuuuu.Tersenduk aku telan air liur .Nasib tak mati ayam"
"Hahaha . Ada je kau ni Daira." Najah meletak nasi kepada mereka.Dari pandangan mereka, Najah ini sudah seperti
ibu mereka kerana sering menasihati mereka,memberi mereka makan.Itu sudah jadi kebiasaan bagi Najah.
Najah mengajak mereka makan.Mereka terus bangkit untuk pergi makan bersama Najah.Najah hanya tersenyum
sahaja.Nadaira mengambil kuah lauk Najah masak itu lalu meletakkan kuah itu ke dalam pinggan mereka .
Mereka mengucap terima kasih.Dayah baru sahaja hendak makan.
"
"Hah.Jangan makan lagi."Najah mengangkat tangan lalu berdoa.Daira memandang senget kepada Dayah.Dayah menjelirkan
lidah.
"Siapa yang nak baca doa? " Najah bertanya.
"Dayah.Dia buat salah."Daira memberi hukuman kepada Dayah.
"Taik .. Ok.."
"Depan makanan ni pun kamu nak cakap taik."Najah marah.Daira ketawa lalu dicubit oleh Najah.Daira kembali
diam.Manakala Nadzira tercegat cegat menunggu bismillah dari mulut Dayah.
"Cepat lah wei..lapar ni." Nadzira menyuruh Dayah agar cepat.
"Bismillah....."
____________________________________________________________________________________________________________________

Daira mengambil handbag dia dan helmet untuk pulang ke rumah.Dihenfonnya tertera nama abang dia , Farhan
menyuruh pulang.Abangnya terlampau risau akan keselamatan Daira.Daira sayang sekali akan abangnya itu.
Tetapi kadang kadang "annoying'' juga.Dia mengambil kasut comel itu di atas rak kasut.Najah
mencuit pinggan Daira.
"Mak! "
Najah bermasam muka.Mukanya ketat.Allah , takutnya Daira.Nak pulang ke tak nak ni.
"Tak ajak salam pun"
Fuh ..Nasib .
"Salam dulu kawan kawan kamu ni"
"K"
Ajak salam je pun.Tapi tak apalah.Dapat pahala. Daira salam kawan kawan dia.Mereka senyum manis memandang
ke arah Nadaira.Nadaira membalas kembali dengan jelir lidah.Daira memang dikatakan "Takcukupumur".
Mereka kembali ketakkan muka mereka.Malas layan budak Daira ni.Daira mengambil beg dan helmet lalu beredar
dari situ.
                                      "Bab 6 -  HANG OUT WITH ABANG FARHAM MALAM
     "Assalamualaikum " Daira memberi salam dihadapan rumahnya.Dia menunggu abang dia menjawab salam
dan membuka pintu.Baru beberapa saat 5 saat memberi salam , tangan Daira ditarik oleh seseorang dari belakang.
Mak , siapa yang pegang aku ni.Daira menoleh kepala dan terlihat abangnya memakai baju yang kemas.Biasanya
selekeh tetiba lawa ni mesti ada something ni.
"Eh kau tarik aku pergi mana ? " Farhan menarik tangan adiknya terus pergi ke kereta Farhan iaitu kereta Wira .
Soalan adiknya tak terjawab.Daira bengang lalu melepaskan tangan dia dari abangnya.Dah tahu Daira tanya , jawab
lah.Nak merahsia konon.
"Abang jawab lah " Daira memarahi abangnya.Yalah, baju aku pun baju biasa.Taknya abang aku nak pergi
kenduri ke jalan jalan bandar ke.Segan kot.
"Kalau abang nak bawa Daira jalan ke apa ke .Tunggulah aku tukar baju."
"Yelah.Cepat sikit.Pergi tukar baju masam tu."
Sabar je lah Daira.Daira berjalan menuju ke bilik dia lalu menukar pakaian yang lebih sopan iaitu baju
kurung Pinky peach.Dia menyembur minyak wangi Ferrore Paris berbau strawberry.Dia mengenakan pashamina labuh
menutupi dada.Dia tersenyum dan tidak sabar.Heran juga,penyakit apa yang datang kepada abangnya sehingga
ingin mengajak dia pergi bandar.Ah,tak apalah.Dapat makan angin.Daira mengambil handbag dia dan lalu meninggalkan
bilik tidur dia.Ah , taksabarnya nak makan angin.Daira masuk kedalam kereta Wira yang abang Farhan miliki.
Kereta.Abang Farhan menanyakan dia hendak pergi ke mana tetapi Daira diam.Farhan menanyakan sekali lagi .
"Ke mana ? "
"Ya Allah, dah tu tadi abang tarik tangan Daira nak kemana?" Daira menggosok gosok kepala yang tidak gatal itu.
 Kenapalah abang aku hari ini . Ngek ngok kot .
"Allah . Haadoii. Hehe " Abang tersengih busuk kerang lalu menghidupkan enjin kereta Wira dan beredar dari situ.
Daira hendak sahaja mengcekik abang dia yang bengong itu.Kecik kecik makan semut,Dah besar memang nyanyuk sampai
ke tua!Geramnya abang aku ni . Eeeee . Daira mengambil handphonenya lalu menekan perkataan "selfie" .
Dia mengambil gambar sendiri sepanjang dalam perjalanan itu .Farhan nampak tetapi mengedahkan sahaja perangai
adiknya itu.Sudah "habits" dia . Nak buat macammana.Sekejap senyum sekejap masam.Penumpang kereta sebelah
malu tengok.Dah macam monyet sudah.Farhan tergelak apabila berfikir begitu.Nadaira mengerlingkan mata dia lalu
kembali balik 'selfie' . Kata orang putih "But first let me take a selfie "
  30 minit telah berlalu , Kini mereka berada di Ampang New Towns.Mereka singgah diStar bucks untuk memenuhi
perut yang kosong.Farhan meng-order air coffe untuk menahan mengantuk kerana pada malam ini dia akan berkerja
shift malam.Manakala Nadaira hanya makan donut dan air kosong.Walaupun order donut , tetap tamak . Yelah
pagi tadi dah makan kari ayam . Ini tambah lagi donut.Terpaksa Farhan menghabiskan duit untuk belanja dia.
Dia sengaja order donut.Farhan sudah tahu sikap adiknya itu sebab itulah dia terpaksa membawa duit lebih sedikit.
Mereka bergurau senda , menanya soal peribadi dan lain lain.Tiba tiba rancak perbualan , Farhan memasukkan
topik perbualan tentang cinta.Erk , dah kenapa ?
"Hang tak ada boyfiee ke ? "Farhan menanyakan tentang cinta .
"Taknak lah boyfriend boyfriend.Nak kahwin terus." Nadaira hanya berterus terang.Malas nak bf , kejap putus.
Apa barang..Lebih baik kawin.
""Aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau? " Muka Farhan berubah serius.Dah kenapa dengan abang aku ni?
Tetiba je muka mat bunga terus macam singa.Nak makan aku ke ? Nadaira menelan air liur yang sebesar tahi hidung.
Glup.
"Apa nye ? " Air muka Nadaira resah dan gelisah.
"Sebenarnya...." Farhan menutup mukanya dengan tangan.Sebenarnya dia tak sanggup adiknya pergi ...
"Hmm . Mende ko ni ? " Nadaira mula naik bengang.Nak cakap tu cakap jelah.Ini sangkut .. sangkut.
Farhan terus memeluk adiknya itu.Nadaira terkejut.Farhan memeluk erat.Pelbagai perasaan yang melanda diri Farhan.
Walaupun Nadaira tidak mengerti apakah maksud pelukkan itu.Nadaira memeluknya kembali ..
"Ada apa ? Cakap je..Adik faham"Nadaira senyum.Dia seperti tahu sahaja apa masalah si Farhan itu.
"Tahniah...Kau dapat sambung pengajian di Arab ." Air mata Farhan menitis.Daira tidak sedar kerana dia dipeluk oleh
abangnya itu .Daira terkejut .Hatinya berdebar dengan kuat.Betulkah perkataan itu ? Benarkah ? Impian aku...
Daira membuka pelukkan Farhan itu.Rimas , hanya semata mata benda itu pun nak dipeluk.Ceh , bajetlah
abang aku ni.Nadaira meng'agak abangnya membohongi dia.
"Mana hang tau ? Bohong jaaa mung ni."mata Nadaira mengerling .Farhan menepuk dahinya.Buat apalah benda serius macam ini
nak aku bohong.Adik aku ni otak kecil .Harap je bijak.Nak je aku cekik budak ni.
"Betullah bengong.Dah itu , buat apa aku nak bawa kau ke sini. " Farhan main lepas cakap.Geram apabila adiknya berkata demikian.
Nadaira melopong.Ternganga mulut dia...Jangan masuk lalat sudahlah.Jantungnya bagaikan baru sahaja lepas terkena renjatan elektrik.
Biar betul ? Tapi aku taknak tinggalkan kawan kawan aku terutama Syakqif , Najah , Nadzira dan Hidayah.Bila diluar negara, tak tahan
rindu.Nak jumpa pun susah.Pelbagai benda yang membawa negatif untuk sambung belajar dia fikirkan.Sejak dari tadi Nadaira senyap.
Farhan sudah tahu dah perangainya.Farhan menarik pipi Daira biar dia tersedar.
"Oh cott ! " Daira terkejut.Farhan mengigit bibir kerana sakit hati dengan sikap adiknya itu.Daira melihat abangnya kembali.
Muka Farhan seakan akan singa.Daira menelan air liur.
"Termenung , termenung , termenung ! " Farhan menolak kepala adiknya itu.Biar padan muka , biar termakan rasa dengan perbuatan Farhan.
Daira tersengih.
"Sorry bang."Nadaira tersengih seperti kerang busuk.
"Kau nak pergi tak ? "
"Taknaklah." Selamba saja Nadaira cakap.Farhan membulatkan matanya . What the .. Biar betul adik aku sanggup lepaskan
peluang itu.Nak makan penumbuk aku ke ? Farhan mengangguk.
"Baiklah.Tapi apahal?"Farhan memaling mukanya dari Nadaira.Dia menjenguk orang lalu lalang.Siapa yang tak mahu tengok
adik sendiri bekerjaya.Hati Farhan panas sebab itulah dia menjenguk orang lalu lalang untuk menyedapkan hatinya .
Nadaira menanyakan apa pengajian tersebut.Farhan menepuk dahinya sekali lagi.
"Universiti Al Islam Bukhari.Kau ambil bahagian agamakan.Takkan bengong sangat pergi tanya aku."Farhan menjeling mata dia
ke arah Nadaira.
"Aku sekarang masuk U bahagian matematik.So , manalah nak ingat"Nadaira menghempuk kepala Farhan ke dinding.Terdapat
satu benjolan diatas kepala Farhan.Farhan mengosok kepala yang berbenjol itu.Ganasnya adik aku!
"Ha..Yelah.Suka hati kaulah.Peluang ada hang tak nak " Farhan redha.Abangnya beria ria tetapi adiknya yang dapat tawaran.
   Disaat mereka sedang bersembang,Nadaira memerhatikan orang orang yang lalu lalang.Ada yang berkepit sana sini, ada yang
yang memakai pakaian tetapi bertelajang dan ada juga yang membawa keluarga pergi makan angin di Ampang News Town.Sedih dia
melihat zaman sekarang.Bagi dia, inilah dikatakan zaman terakhir kerana sudah moden dan lalai dengan teknologi.Dia memulakan
perbicaraan tentang umat yang jahil dengan abangnya.Abangnya melayan saja.Bagi abangnya itu adalah tazkirah untuk dia.
Sepanjang perbicaraan , Farhan mengangguk dan mengangguk.
"Abang, hang janganlah dye rambut , gunting rambut belah tepi . mung tahu .......tak...."Mata Nadaira terpandang ke arah seorang
lelaki memakai baju kotak kotak itu.Eh, biar betul itu...Syakqif?Disebelah lelaki berbaju kotak kotak itu ada seorang perempuan
berpakaian anggun dan lawa.Dia dah ada awek ke? Lawa betul ... Kalah aku.Syakqif dan perempuan itu sedang duduk di cafe kat Ampang News
Town sambil makan minum.Mereka kelihatan seronok bersembang.Tiba tiba hati Nadaira rasa hancur tak hancur.Mata dia kelihatan merah sedikit.
"Woi, tahu apa ?"Farhan pelik mengapa dia berhentikan tazkirah itu.
"Erm..Tadi kat mana eh ? Ha.. Ye.. Haram tau!!Abang jangan buat ye.." Tiba tiba mata Nadaira (Aku panggil Ira , senang sikit) merah.
Farhan melihat mata Ira tanpa berkelip.Farhan diam...Ira perasan yang abangnya mula tahu bahawa dia sedih.Entah kenapa Ira sedih.
Terasa hendak menangis , tetapi tidak tahu menangis kerana apa.Ira mengenggam tangannya.Dia mengesat ngesat mata yang hendak berair itu.
Harap tak terkantoi.
"Abang ? "
"Kenapa mata kau tiba tiba merah ? " Farhan menanyakan soalan itu.Debar debar hati Ira untuk menjawab.
"Erm...ter..teringatkan ibu." tergagap gagap Nadaira untuk menjawab soalan itu tetapi diakhiri dengan jawapan yang logik.
"Yang dah pergi biarkan.Kita jumpa mak kat syurga. " Farhan sebak .
"Dahlah jom balik"
"Jom."
Sempat lagi Ira menoleh ke arah lelaki berbaju kotak kotak itu sambil beredar dari situ..Lelaki itu , Syakqif dan seorang perempuan sedang minum bersama .
Entah kenapa sakit hati.Perhubungan antara perempuan itu dan Syakqif seperti rapat daripada Nadaira.Esh , bila tengok saja... boleh
panaskan hati aku je.Farhan memimpin tangan Daira kerana dia anggap Daira masih kecil walaupun sudah lanjut usia . hahah
Mata bebola Syakqif seperti memandang ke arah Daira.Daira memandang ke arah lain .Syakqif tidak sabar untuk mengenakan Daira itu.
"Siap kau Daira... Hati kau ku tawan. Heh. "

Tiada ulasan: