20 years old

Assalamualaikum Awak :)

Aku sekarang ni di luar rumah sambil menikmati malam yang suram. Ini pun disebabkan Line yang bermasalah. 

Percaya atau tak.
Sepanjang perjalanan aku bernafas , pelbagai kejadian yang telah terjadi pada diri aku. Kesan daripada itu cukup membuat aku matang. 

Sifat aku sikit demi sikit berubah. 
Mungkin aku bukan yang dulu. 

Banyak perkara sakit yang aku hadap. 

Aku syak diri aku kemurungan. Setiap minggu aku akan murung 3 kali atau lebih.  Aku tak boleh keseorangan tapi aku perlukan kesunyian untuk aku berfikir lebih dalam. 

Cukup aku buat diari disini untuk melihat pergerakan seterusnya apa yang berlaku pada diri aku. 

Benar apa yang aku hadap aku rasa sakit. 

Tapi itu lah fitrah dewasa, kau akan rasa sakit untuk hidup. Kerana kau sudah besar , tanggungjawab semuanya di atas beban sendiri. 

Aku ada banyak masalah. 
Tapi tiada siapa yg faham. 
Aku sudah hilang kawan yang aku sayang.  Aku memang patut dibuang. 
Kerana sifat aku yang selfish. 

Sebenarnya aku sayangkan dia, tapi sebab aku leka sikit habis hancur persahabatan . Jujur aku rasa sakit sedih , menangis hampir tiada rasa mahu hidup.   Aku penat mahu cakap berulang kali, aku jadikan dia jiwa aku. Salah aku patutnya dekat dengan tuhan. Tapi siapa lah aku manusia yang ingin perbalasan spontan daripd manusia yg memahami sesama sendiri bukan? 

Jika dia pilih untuk tak rapat, aku pilih untuk putuskan. 

Berdosa kan aku ? 

Dosa putus kawan itu boleh masuk api neraka. 

Tapi aku pun putus saudara jugak. 

Memang nak buat camana, dapat saudara toxic. 

Teruk hidup aku. Aku tak mampu nak hadap. 

Umur 20 aku pilih untuk cipta kehidupan baru. 

Bila aku kerja, aku nak beli rumah baru dan duduk jauh-jauh lari daripada orang toxic. 
 
Allah SWT jadi kan aku hidup survive supaya aku boleh teruskan hidup keseorangan. 

Semoga orang yang menjaga aku ini adalah orang yang betul ikhlas sayangkan aku. 

Pengajaran untuk aku. 

Tak semua orang faham kita. 
Tak semua masalah boleh diluahkan. 
Tak semua orang dalam situasi kita. 
Teruskan jadi diri sendiri. 
Kalau tak okay, jangan berpura-pura. 

Tiada ulasan: